Pasukan sebagai barisan kedua terpenting, tidak boleh dipandang

Pasukan simpanan
(PSS) merupakan barisan kedua terpenting untuk pertahan Negara didalam
mana-mana cabang perkhidmatan ATM di negara kita. TIdak kira Tentera Laut,
Tentera Udara dan Tentera Darat Malaysia. Kesemua pasukan simpanan bertujuan
untuk membantu pasukan tetap ATM dari segi pentadbiran, keamanan dan
keselamatan. Sekirannya berlakunya sesuatu perkara yang tidak di ingini Pasukan
Simpanan ini akan dipanggil bagi membantu ATM untuk mengawal keselamatan dan
keamanan Negara. Keanggotaan Pasukan Simpanan amat membantu ATM sebagai barisan
kedua terpenting, tidak boleh dipandang rendah dan diketepikan oleh mana- mana
Pasukan ATM. Sekirannya kita memerlukan satu barisan pasukan simpanan yang kuat
dan berkeleber, Pasukan Simpanan yang terlatih di dalam bidang ketenteraan,
kemahiran individu dan aspek rohoni juga perlu diterapkan didalam jiwa Pasukan Simpanan
untuk melahirkan perasaan cintakkan Negara dan sedia berkorban untuk
kepentingannya. Pasukan simpanan sukarela (PSS) di dalam  Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempunyai
peranan dan fungsi masing-masing. Ia berfungsi sebagai barisan kedua pertahanan
setiap perkhidmatan ATM. PSS diwujudkan bertujauan untuk menyumbang dan
memenuhi keperluan  perkhidmatan masing –
masing didalam segala aspek tidak kira dari segi keselamatan, perundangan dan
juga dari segi lainnya.

            Sejarah penubuhannya PSSTLDM ini diwujudkan
apabila tercetusnnya perang dunia kedua pada tahun 1934 di singapura, selepas
itu kerajaan british telah menubuhkan Straits
Settlement Naval Volounteer Reserve (SSNVR) pada 27 April di mana tahun itu
sama penubuhannya dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Di dalam
pelaksanaan PSSTLDM mempunyai dua komponen, pertama adalah simpanan pilihan dan
kedua ialah simpanan sukarela biasa. Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)
di institusi pengajian tinggi serta Pasukan Latihan Anggota Simpanan (PLAS) merupakan
komponen pertama manakala komponen kedua terdiri daripada orang awam yang
tergolong daripada golongan profesional atau bukan professional yang berkerjaya
serta berpendidikan dan mahir dalam pelbagai bidang kerjaya. Selain daripada
itu juga komponen lain yang tergolong di dalam PSSTLDM ialah Simpanan pakar,
Simpanan Khusus dan Simpanan Angkatan Tetap. Dengan adanya warga PSSTLDM yang
datang dari pelbagai latar belakang yang berlainan dan berkerjaya pastinya
dapat menambahkan lagi pengalaman, kelebihan dan pengetauhan masing- masing
untuk mendalami ilmu ketenteraan melalui latihan PSSTLDM yang diberikan. Dengan
kemahiran, pengalaman dan kerjaya anggota PSS yang datangnya daripada pelbagai
bidang, iannya dapat membantu untuk menaikkan nama dan taraf perkhidmatan TLDM.
Daripada kemahiran mereka contohnya seorang jurutera yang mahir tentang sesuatu
bidang, anggota PSS ini boleh membantu menyelesaikan masalah yang berlaku disebabkan
mereka ini mempunyai kemahiran yang lain dan tidak ada pada anggota tetap.
Contoh lain seperti seorang peguam atau doktor yang menyertai PSS, mereka ini
amat diperlukan untuk membantu TLDM dalam perkhidmatan. Berbeza dengan anggota
tetap TLDM dimana anggota tetap diberi kemahiran setelah masing-masing lulus
ujian atau kursus-kursus yang bersesuaian dengan kepakaran tersendiri. Anggota
tetap TLDM juga telah diserapkan dengan pelbagai ilmu pengetauhan tidak kira
untuk apa jua bidang tugas. Bersesuaian dengan kehendak perkhidmatan TLDM, Semua
anggota perlu mahir, cekap dan bijak didalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab semasa bertugas mahupun berkerja. Oleh yang demikian PSSTLDM juga
perlu memiliki kemahiran serta kebolehan yang sama seperti anggota tetap TLDM.
Untuk menjadi benteng kedua terpenting ini, PSSTLDM harus melahirkan anggota
yang sama tarafnya dengan anggota tetap supaya boleh berkerjasama mahupun
mengantikan tempat anggota tetap. Beberapa Unit PSSTLDM  bertauliah iaitu KD SRI MANJUNG, KD SRI
MEDINI, KD SRI KLANG, KD SRI LIKAS dan KD SRI PINANG yang berada di beberapa
negeri dinegara kita ini dan beberapa unit yang belum ditauliah sebagai unit
Pasukan Simpanan Tentera Laut (PSTL) iaitu PSTL Kuantan, PSTL Kuching, PSTL
Labuan, PSTL Sandakan, PSTL Setiu dan PSTL TAWAU.   Semua unit ini memainkan peranan yang
penting melahirkan warga PSS TLDM yang setaraf dengan anggota tetap. Penyertaan
individu awam di dalam PSSTLDM amat menggalalkkan disebabkan oleh minat yang
telah telah lama dipendam terhadap perkhidmatan serta keinginan yang tinggi
untuk menyumbang kepada Negara tercinta. Tetapi dengan minat dan keinginan
sahaja tidak cukup untuk menjadi anggota PSSTLDM seandainya tiada jati diri
yang tinggi oleh individu awam. Komitmen yang tinggi perlu diberikan oleh
setiap individu awam yang ingin menyertai PSSTLDM. Kekangan masa yang
menjadikan punca tahap keaktifan ahli PSSTLDM perlu dipertingkatkan supaya
matlamat dan tujuan dapat dikecapi oleh semua ahli sejajar dengan kosep HANRUH
(Pertahanan Menyeluruh) di dalam Dasar Pertahan Negara serta mencapai matlamat
Pelan Strategik TLDM 2013-2020 iaitu ‘mempunyai pasukan simpanan yang aktif’.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

             Bagi anggota PSSTLDM  mereka juga mampu melaksanakkan perkara
tersebut kerana mereka ini datangnya dari kalangan awam yang berpendidikan,
berkerjaya dan berkepakaran. Jadi tidak hairanlah sekirannya ada diantara warga
PSS yang lebih baik dan standing dengan anggota tetap. Acap kali kita dengar
rugutan dari anggota tetap TLDM dimana mereka ini lebih diberi perhatian
berbanding dengan anggota tetap. Ini disebabkan kerana anggota PSS juga sangat
diperlukan bagi menampung keanggotaan anggota tetap yang berada sekarang. Ianya
juga berlaku kerana inigin menarik minat seramai mungkin individu awam yang
mahu menyertai  PSSTLDM. Dalam masa yang
sama dengan adanya PSSTLDM ini sikit sebanyak dapat membantu perkhidmatan untuk
mengisi perjawatan yang kosong di unit-unit tertentu. Anggota PSSTLDM telah
diberi pendedahan awal semasa mereka ini menjalani latihan seperti menembak,
melawan kebakaran, kebanjiran, merawat orang sakit, berenang dan
latihan-latihan lain yang mereka ikuti semasa menjalani latihan yang dilakukan
oleh unit-unit PSSTLDM. Sungguhpun latihan mereka tidak sama dengan anggota
tetap, ini tidak boleh dijadikan alasan untuk mereka tidak boleh bersaing
dengan anggota tetap yang lain. Kerana latihan berterusan boleh diberikan
kepada anggota PSS ini sekirannya mereka berada di semua unit-unit TLDM.

            Idea tercetus oleh kerajaan dimana Kapal
Auksiliari Bunga Mas 5 dan Kapal Auksiliari Tun Azizan dihasilkan dengan
kerjasama dan perkongsian strategik TLDM dan MISC Bhd, Ini adalah salah satu
platform yang baik bagi anggota PSSTLDM untuk ditempatkan di kapal dan di beri
peluang supaya menimba pengalaman serta pendedahan bertugas atau berkerja
dikapal. Anggota PSSTLDM berpeluang untuk menunjukkan prestasi dan kebolehan
berkerja dikapal dan menimba sebanyak mungkin pengalaman. Nescaya ramai anggota
PSSTLDM yang gembira dengan adannya kedua kapal ini. setidak-tidaknya ada unit
yang boleh mereka belajar dan berkerja sama dengan angggota tetap yang lain.
Mereka boleh bertukar-tukar pendapat dan pengalaman masing-masing tentang
latihan, tugas serta tanggunjawab semasa berada di kapal tersebut. Latihan dan
kursus kerjaya yang di anjurkan kepada PSSTLDM perlu sejajar dengan anggota
tetap agar selari dengan kehendak perkhidmatan. Mereka juga perlu diberi
peluang untuk menceburi aktiviti-aktiviti yang dilakukkan oleh unit mahupun
perkhidmatan supaya menarik minat dan mencungkil bakat yang ada pada anggota PSSTLDM.
Jawatan-jawatan penting juga perlu diberikan kepada anggota PSSTLDM ini untuk
memperkasakan diri mereka mahupun perkhidmatan, supaya mereka dapat belajar
mengurus, mentadbir dan melaksanakkan tugas yang diberi atau diamanahkan dalam
masa yang diberikan. Imbuhan juga perlu diberikan kepada anggota PSSTLDM yang
memberikan komitmen yang tinggi dan mengharumkan nama perkhidmatan supaya moral
dan prestasi kerja mereka ini tidak menurun. Kemudahan juga perlu diberikan
sama seperti anggota tetap untuk menaikkan moral dan modal ihsan ditahap
tertinggi serta manaikkan mutu kerja setiap anggota berada ditahap maksimum.
Pengurusan sumber manusia pasukan simpanan memainkan peranan penting untuk
warga PSSTLDM menyelesaikan masalah yang timbul kerana dengan pengurusan yang
baik dapat menghasilkkan anggota yang bermutu dan berkeleber dalam
perkhidmatan.

            Sikap acuh tak acuh perlu dilupuskan
dan semangat kesukeralaan mereka perlu dipupuk serta ditambah dengan memberi
peluang menghadiri kursus yang bersesuaian dan latihan praktikal yang berimpak
tinggi untuk memantapkan kemahiran mereka darisegi ketenteraan    bagi
menghasiklkan warga PSSTLDM yang dikira setaraf untuk berdiri bersama anggota
tetap. Kerbekesanan akta perlu dikaji dan digubal semula untuk melahirkan
anggota PSSTLDM yang komited terhadap tugas dan tanggungjawab, ini kerana
kekangan diperolehi oleh anggota PSSTLDM yang ingin menghadirkan diri mengikuti
latihan tetapi tidak dibenarkan oleh majikan terutama anggota pasukan PSSSTLDM
yang berkerja disektor swasta.

            Pihak pengurusan PSSTLDM perlu
mencari jalan untuk memperkasakan semua anggota PSSTLDM dalam menjayakan
kepentingan barisan kedua terpenting ini supaya memenuhi pencapian Petunjuk
Prestasi Utama (Key Performance Indicators atau KPI) dengan cara mengolah cara
latihan yang dijalankan melalui suntikan elemen- eleman yang mempunyai Wow Factor dan melatih anggota berfikir
di luar kotak untuk meningkatkan prestasi kerja atau kemahiran mereka semasa
menjalani latihan. Pengurusan PSSTLDM juga perlu menyediakan jurulatih yang
mempunyai Subject Matter Expert (SME)
serta terlatih di dalam bidang tugas dan kepakaran masing- masing. Dengan
adanya jurulatih yang sedemikian, anggota PSSTLDM ini boleh berlajar dan
menjadikan jurulatih ini sebagai seorang Mentor  mereka semasa menjalani latihan serta dapat
menerapkan nilai moral, berkemahiran dan berpotensi setaraf anggota tetap.
Mereka juga akan berusaha untuk memperbaiki kemahiran serta mutu kerja semasa
menjalani latihan. Dalam masa yang sama, jurulatih yang dipilih dapat melihat
keupayaan serta peningkatan anggota PSSTLDM semasa menjalani latihan. Jurulatih
juga dapat mengenalpasti sejauh mana pelatih yang masih lemah mengenai tahap
asas serta memerlukan pemerhatian, bimbingan dan dorongan supaya anggota
PSSTLDM ini boleh menerima latihan yang lebih sukar.   

            Kejayaan seorang anggota PSSTLDM
bukannya terletak di bahu anggota itu sendiri, malah menjadi tanggungjawab pada
seorang Pegawai Memerintah serta Pegawai Staf memantau tenaga pengajar dan
modul-modul pengajaran yang diajar bagi memastikan apa yang diajar mengikut
buku rujukan dan mematuhi arahan semasa perkhidmatan TLDM.

            Kurangnya kemahiran, kefahaman dan
pengetauhan mengenai pentadbiran TLDM, ada dikalangan anggota PSSTLDM yang
lemah dalam melakukan hal-hal rekod dan surat surat-menyurat. Masalah ini dapat
diselesaikan dengan berkerjasama dengan anggota tetap dalam menjayakan sesuatu
aktiviti dan juga mengemaskini dokumen peribadi mereka. Rata-rata ada diantara
anggota PSSTLDM yang berlajar daripada anggota dan pegawai tetap TLDM tentang
hal-hal rekod dan surat-menyurat sehingga mereka mahir seperti anggota tetap.
malah ada yang mempraktikannya ketika mereka berkerja disektor swasta dan
menjadi contoh kepada majikan mereka serta mendapat pujian yang baik.

            Untuk menjadi seorang anggota
tentera tetap mahupun anggota simpanan. Setiap individu perlu memiliki taraf
kesihatan dan daya kecergasan yang tinggi. Melalui bersukan dapat membina
kesihatan dan memberi kecergasan kepada anggota PSSTLDM. Sukan adalah salah
satu cabang dimana anggota PSSTLDM  boleh
diketengahkkan kerana ada dikalangan mereka yang mempunyai rekod yang baik
didalam sukan. Seramai 16 anggota PSSTLDM membantu Negara ketika Sukan SEA berlangsung
di Singapura pada tahun 2017, sumbangan mereka ini amatlah besar kepada Negara  dan pekhidmatan. Secara tidak langsung
menaikan nama dan memartabatkan TLDM didalam ketiga-tiga cabang perkhidmatan.

Peranan pasukan
simpanan di dalam TLDM adalah sangat penting untuk memenampung keperluan
perkhidmatan dan sumbangan mereka masih diperlukan bagi menjadi barisan kedua
pertahanan Negara. Walaupun dari segi peruntukan kewangan untuk PSSTLDM ini
amat besar dan pulangannya tidak memenuhi (return of investment ROI) serta tdak
berbaloi. Namun, pandangan terhadap pasukan simpanan ini dilihat dari sudut
yang lainnya mereka ini banyak memberikan sumbangan kepada masyarakat dan bukan
sahaja TLDM.

            Bagi
melahirkan seorang warga pasukan simpanan yang mempunyai jati diri yang baik,
Perkhidmatan haruslah menjaga dan menambah ilmu ketenteraan yang relevan
terhadap pasukan simpanan, pastinya akan mendapat pulangan yang tinggi kepada
TLDM dan PSSTLDM itu sendiri. Apabila semuanya mencukupi dan memenuhi keperluan
warga PSSTLDM kaedah ini dapat melahirkan warga PSSTLDM yang boleh di harapkan
untuk menjadi barisan kedua terpenting di Negara kita. Semua peringkat
memainkan peranan yang penting untuk mendokong kepentingan warga PSSTLDM ini
untuk menjadi satu ketumbukan atau barisan kedua terpenting bagi menjaga
keselamatan, kedaulatan dan kehormatan Negara kita.