Google peta maya, kecanggihan peta digital ini terus

Google Maps merupakan aplikasi
elektronik dan digital yang menjadi sebahagian dalam kehidupan manusia.  Berteraskan kepada peta maya, kecanggihan
peta digital ini terus mengamit masyarakat seluruh dunia secara amnya.  Lebih-lebih lagi pembangunan teknologi
telefon pintar yang telah menguasai dunia sejak kebelakangan ini telah
memudahkan capaian pengguna atau masyarakat untuk mengakses maklumat tempat,
lokasi dan arah tuju mereka.  Pemetaan
secara dalam web ini telah mengundang bermacam-macam reaksi masyarakat dunia
pada mulanya tetapi dengan mempunyai pelbagai interaksi dalam web sedikit
sebanyak memberi nafas yang baru terhadap pemetaan seluruh dunia. 

Peta ini hanyalah dibangunkan
semata-mata untuk memberi maklumat kepada masyarakat mengenai penempatan,
kawasan taburan, tempat, wilayah dan benua yang ada di dunia.  Boleh dikatakan hampir setiap hari masyarakat
dunia mengemaskini data-data didalam google maps.  Untuk memastikan setiap perincian maklumat
tepat bagi membolehkan mereka pergi lokasi-lokasi yang diinginkan.  Peggunaan Google Maps bukan setakat disitu
sahaja, ini termasuklah melawat sesetengah tempat yang menjadi tumpuan ramai
khususnya di pusat bandar.  Seperti
mengunjungi restoran-restoran, gerai makan dan tempat-tempat pelancongan.  Seperti diketahui juga perisian Google
telahpun membina dan melancarkan aplikasi sampingan berkenaan dengan
restoran-restoran pilihan dan terkemuka. 
Kelebihan aplikasi sampingan antara menjadi kegilaan pengguna dengan
mempunyai masa, harga, menu yang ditawarkan, tempat yang bersih dan banyak
lagi.  Menurut laporan dari techtrunch.com “While Google says that it makes
“millions” of updates to Maps every day, it’s still not enough to ensure that
every location has the most accurate, detailed information. That’s why
it’s turning to users to help it improve the mapping service” .  Ini menandakan
penguasaan masyarakat dunia terhadap betapa pentingnya penggunaan peta dalam
kegiatan dan aktiviti mereka.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Google Maps antara aplikasi yang
membina dan melakukan penyelidikan mereka tersendiri.  Dibantu dengan penggunaan satelit dan sistem
maklumat geografi (GIS).  Kekerapan
pengguna menggunakannya menjadi satu kemestian apatah lagi untuk pergi ke
sesuatu tempat.  Google juga amat
kompetitif dengan memperkenalkan sendiri “Google Map Vehicle” yang lebih
terarah kepada “Google Street View”. 
Google Map mengumpul dan memperbanyakkan data-data kawasan yang
terperinci dan memastikan ketepatan maklumat dapat diberikan kepada
pengguna.  Kelebihan yang ada pada kereta
google map ini ialah pengguna dapat melihat sendiri kawasan-kawasan yang telah
diambil gambar dan data oleh pihak google. 

Menjadi satu kewajipan kepada
masyarakat di dunia mengguna aplikasi sedemikian.  Dilaporkan penggunaan google map telah
mencecah sebanyak beberapa billion pengguna pada tahun 2017.  Penggunaan google map ini terus berkembang
dengan lahirnya bermacam-macam aplikasi seperti uber, waze,  grabcar, food panda, gojek dan banyak
lagi.  Kesemua ini berpaksikan kepada
pemetaan yang dihasilkan oleh google map. 
Navigasi yang tertumpu kepada Global Positioning System (GPS) dan Sistem
Maklumat Geografi (GIS) (Mannings,
2008).